Posts

Refleksi Surah Al Baqarah Ayat 1 - 5

Ulangkaji tema Surah al Baqarah ayat 1 - 5 melalui tema. Tema 001 : Al Quran sebagai petunjuk 2/2 : Al Quran tiada keraguan petunjuk orang bertaqwa. 32/2 : Al Quran tidak ada sebarang syak dari Allah 22/5 : Al Quran ada kisah kebangkitan manusia di akhirat, kelahiran manusia, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman. Tema 002 : Ciri-ciri orang mukmin 64/48 : Menjadikan al Quran sebagai pengajaran 6/155 : Ikutlah Al Quran 39/13 : Takut digolong orang-orang yang ingkar petunjuk Allah. 64/11 : Siapa yang mengikut petunjuk Alalh, Allah akan pimpin hatinya dalam apa sahaja perkara. Ayat peringatan diri : Semoga kita tidak menjadi seperti orang Yahudi, orang yang diberi kitab tapi tidak mahu memahami. Al-Jumu'ah 62:5 مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢاۚ بِئْسَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ (Sifat-sifat Nabi Muhammad it...

Yakin adanya REZEKI

Musim PKP ni ramai yang rasa ragu tentang rezeki. Itu adalah lumrah. Keraguan lahir kerana kita belum tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kadang-kadang situasi ini membuatkan agak sukar untuk kita sentiasa positifkan diri. Para Nabi pun pernah mengalami situasi yang berat. Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku. Nabi NUH belum tahu banjir akan datang ketika dia membuat kapal dan ditertawakan kaumnya. Nabi IBRAHIM belum tahu akan tersedia kibas di ketika pisau hampir mengelar leher anak kesayangannya. Nabi MUSA belum tahu laut akan terbelah dua saat dia dikejar Firaun dan bala tenteranya. Nabi MUHAMMAD SHOLOLLAHU ALAIHI WA SALLAM pun belum tahu yang Madinah adalah kota tersebarnya ajaran yang dibawanya saat baginda diperintahkan berhijrah. Yang mereka tahu adalah mereka wajib patuh pada perintah Allah tanpa berhenti mengharap yang  terbaik . Keyakinan mereka pada Allah tetap kukuh. Ternyata disebalik semua ketidak tahuan kita, Allah telah men...

Tulislah

Menurut Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup, falsafah yang keempat: Orang berakal selalu mengingat kekurangannya.  Bahkan kata Buya Hamka "Kalau perlu dituliskan di dalam sesuatu buku peringatan sehari-hari. Baik kekurangan agama atau pada akhlak dan kesopanan. Peringatan diulang-ulang dan buku itu kerapkali dilihatnya untuk direnungi dan diikhtiarkan beransur-ansur mengubah segala kekurangan itu.